Wednesday, November 11, 2009

Fenomena Fitnah Dalam Harakah Islamiah : Siri III


Bisikan... Permulaan Fitnah

Sesungguhnya ciri fitnah yang pertama ialah ia tidak kelihatan oleh mata secara sekaligus. Tetapi ianya hanya tersembunyi dan bermula secara bisikan di antara dua atau tiga orang. Kemudian ia melebar dengan berlalunya hari-hari. Problem ini menjadi bertambah besar kerana kekurangan kerja dakwah yang dilakukan. Kurang perhatian dan ketegasan daripada qiadah juga menjadi sebab ia menjadi bertambah subur.

Pada peringkat permulaan, masalah ini menjengukkan mukanya dalam keadaan malu-malu dan bersembunyi dalam keadaan ketakutan. Kerana berterus terang adalah hasil keberanian, sedangkan fitnah dan berbisikan adalah fenomena kelemahan dan keraguan. Allah swt telah melarang daripada berbisikan. Kebanyakan para mufassirin menyatakan bahawa sebab kenapa Allah melarang daripada melakukan perkara ini kerana ia boleh menyebabkan orang lain berdukacita. Ini adalah benar, lebih-lebih lagi ketika ummat Islam hidup dalam keadaan kemewahan dan ketenangan. Sebab kenapa berbisikan adalah dilarang kerana realiti telah menunjukkan berbisikan merupakan permulaan kepada fitnah dan pembentukan klik-klik. Umar bin Abdul Aziz telah menyedari tentang perkara ini, lantas beliau berkata, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Auza`iyy:Umar bin Abdul Aziz berkata: "Jika anda melihat satu kumpulan berbisik-bisik di antara mereka tentang suatu urusan agama mereka tanpa dilibatkan orang lain, maka ketahuilah bahawa mereka sedang mengasaskan kesesatan." (Sirah Umar bin Abdul Aziz, karangan Ibnu al-Jauzi, 103)

Demikianlah akhirnya, bermula dialog-dialog pinggiran, perbahasan-perbahasan individu, jauh dari suasana kerja yang boleh mendatangkan hasil, serta jauh dari kawalan qiadah jamaah. Dengan ini kejahatan bermula dan fitnah melebar. Oleh kerana itu, ada orang membandingkan fitnah ini dengan api besar membakar yang hanya bermula daripada percikan-percikan api yang kecil sahaja. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Nasr bin Sayyar “Aku melihat di bawah pasir cahaya bara api, yang hampir mengeluarkan api membakar. Sesungguhnya api dapat dinyalakan dengan dua batang kayu, dan sesungguhnya kejahatan hanya bermula daripada lidah. (Al-Aghani)
Nasr -seorang pemimpin-, dengan kemampuan siasah dan kelayakan kepimpinannya, amat memahami dan mengetahui tentang perkara ini. Lalu perbandingan dan gambaran yang dilakukannya terhadap fitnah adalah tepat dan indah. Pada waktu yang lain, beliau menggunakan perbandingan yang lain. Beliau mengumpamakan fitnah seperti kandungan yang tidak kelihatan melainkan pada hari-hari terakhir hamil sahaja. Beliau memberi amaran daripada hanya menunggu dengan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap fitnah ini yang akan menyebabkan kesukaran untuk menangani permasalahan ini setelah ia merebak. Bait-bait syair beliau menggambarkan tentang perkara ini:
Apa yang kita sembunyikan tentang urusan kita,
adalah seperti lembu jantan ketika mendekati hari penyembelihannya.
Atau seperti perempuan yang disangka oleh keluarganya,
masih perawan sedangkan sudah hamil sembilan bulan.
Kita melihat kepadanya sudah carik,
dan carikannya sukar untuk ditampal.
Seperti sehelai baju yang amat buruk,
sudah tentu menyukarkan walaupun oleh tukang jahit yang mahir.
(Muruj al-zahab 3/358)

Akhirnya Ia Menjadi Seperti Perempuan Yang Huduh

Sekiranya beliau dapat memahami tentang fenomena-fenomena fitnah lantaran deria siasi atau deria sosial yang dimilikinya, tetapi apa yang difahami oleh para salaf adalah lebih jelas dan mendalam. Mereka selalu mengambil pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh manusia daripada syair-syair di zaman jahiliyyah sehingga seolah-olah ia menjadi satu kaedah yang berterusan. Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab sahihnya, dengan katanya: Ibnu `Uyainah berkata daripada Khalaf bin Haushab: Mereka suka untuk mendendangkan bait-bait ini ketika berlaku fitnah. Umru'ul Qais berkata:
Maksudnya:
Peperangan ketika ia pada peringkat permulaan,
berusaha menawan hati setiap yang jahil dengan segala perhiasannya.
Sehingga apabila api menyala dan kayu api dicucuh,
ia melarikan diri tanpa teman.
Mukanya hodoh, berubah warnanya,
tidak diingini untuk dicium dan dikucupi.

Tujuan mengungkapkan bait-bait syair ini adalah untuk mengembalikan kita kepada apa yang didengar dan disaksikan oleh mereka ketika berlaku fitnah. Dengan mengungkapkan bait syair ini, mengingatkan mereka agar tidak melibatkan diri dengan fitnah dan tidak tertipu dengan fenomenanya yang mempesonakan... (Fath al-Bari 13/10)
Fitnah diibaratkan sebagai perempuan tua yang hodoh, yang tidak diingini untuk dicium dan dikucup. Perumpamaan ini dilakukan adalah bagi menggambarkan keburukan fitnah. Bahkan terdapat beberapa nas syarak sendiri, melalui mimpi orang-orang salih, yang menggambarkan fitnah sebagai seorang perempuan yang mengerbang rambutnya. Ini adalah sebagai memberi amaran kepada orang mukmin daripada mendekatinya seterusnya tidak terpedaya dengan luarannya yang menarik atau permulaannya yang dijalankan dalam keadaan tersembunyi.

Memahami permulaan adalah sesuatu yang mesti dimiliki oleh seseorang pemimpin atau ketua. Sama ada melalui ilham yang merupakan natijah taqwa, atau kebijaksanaan yang dicernakan oleh pengalaman lalu, atau kebolehan semulajadi yang merupakan anugerah daripada Allah swt. Dengan kebolehan ini, seseorang itu boleh membezakan di antara kebenaran dan kebatilan melalui alunan perkataan yang diluahkan, keganjilan tingkah laku, perubahan perangai dan kelakuan. Ini menuntutnya agar mengambil sikap tegas serta tidak dipengaruhi oleh kelembutan tingkah laku, persahabatan yang panjang dan kemanisan perkataan. Kepentingan jamaah adalah lebih utama daripada untuk mengambil hati sesiapa. Kesatuan saf adalah lebih patut didahulukan daripada untuk mengekalkan individu tertentu. Semuanya tidak akan terlaksana melainkan dengan sikap berterus terang dan membelakangkan penyembunyian. Ia hendaklah dirawat dengan rawatan yang tidak mengakibatkan mata pisau menjadi sumbing atau menyebabkan ketergendalaan amal. Membuang bisul adalah lebih baik daripada memotong anggota badan. Memberikan ubatan adalah lebih utama daripada merawat penyakit. Menjaga burung-burung yang kecil di dalam sarangnya adalah lebih mudah daripada menangani api fitnah yang sudah merebak. Dengarkanlah di sini satu risalah yang menjelaskan tentang pengertian ini dengan gambaran yang mendalam, daripada Nasr bin Sayyar yang dihantarkan kepada Ibnu Hubairah:
Maksudnya:
Walaupun ia adalah anak burung yang berumur dua tahun namun tubuhnya adalah besar,
apabila ia telah cergas kakinya diselaputi bulu halus.
Jika ia terbang bulu-bulu halus itu tidak menyakitkannya,
tetapi ia boleh menyebabkan api merebak cepat.
(Tarikh al-Tabariyy, 6/38)

Sunday, November 8, 2009

Fenomena Fitnah Dalam Harakah Islamiah : Siri II

Siri II : Pengertian Fitnah

Dari sudut bahasa bermaksud : Ujian
Al-Raghib al-Asfahaniyy berkata: Asal perkataan fitnah ialah memasukkan emas ke dalam api supaya bersih daripada kekotoran. Kemudian perkataan ini digunakan pada memasukkan manusia ke dalam api. Perkataan ini digunakan dengan makna azab, sebagaimana firman Allah: ذوقوا فتنتكم , Maksudnya: "(Dikatakan kepada mereka): "Rasakanlah azabmu itu." (Al-Zariyat: 14), Perkataan ini juga digunakan bagi apa yang terhasil daripada azab yang berlaku, seperti firman Allah: ألا في الفتنة سقطوا Maksudnya: "Ketahuilah mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu)." (Al-Taubah: 49)
Ia juga digunakan untuk ujian, seperti firman Allah: وفتناك فتونا, Maksudnya: "Dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan." (Taha: 40)
Ia juga digunakan bagi kesempitan atau kesenangan yang menjadi pendorong kepada manusia. (Fath al-Bari: 3/13)
Manakala maknanya dari segi istilah:
Al-Quran menggunakan perkataan fitnah ini dengan dua pengertian:
Pertama: Al-Quran menggunakannya sebagai lafaz yang umum, iaitu dengan makna ujian yang menguji seseorang sehingga ia menjadi seorang yang istimewa kerana dapat bertahan bahkan lebih cekal lagi selepas ujian itu. Jadi ia adalah seperti emas bersih selepas dibersihkan dengan api daripada sebarang kekotoran. Ini adalah seperti firman Allah swt kepada Nabi Musa a.s: وفتناك فتونا Maksudnya: "Dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan." (Taha: 40)
Kedua: Al-Quran menggunakan perkataan fitnah sebagai lafaz khusus yang dikehendaki dengannya ujian yang menyebabkan orang yang diuji itu gagal, lalu terdedahlah kekotoran dan kepalsuannya. Ini adalah seperti firman Allah: ألا في الفتنة سقطوا Maksudnya: "Ketahuilah mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu)." (Al-Taubah: 49)
Kegagalan atau penyelewengan hasil dari ujian itu mempunyai beberapa peringkat. Di antaranya merupakan penyelewengan daripada thabat di atas manhaj yang lurus. Di antaranya ialah dengan memiliki sifat ragu-ragu dan futur. Di antaranya ialah kurang iltizam dengan jamaah mukminin serta membatalkan bai`ah dengan qiadah mereka. Kadang-kadang fitnah ini sampai kepada peringkat kufur dan syirik, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt: وقاتلوهم حتى لا تكون فتنةMaksudnya: "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah." (Al-Baqarah: 193)
Fitnah dengan pengertian ini mempunyai beberapa peringkat sebagaimana kufur, syirik dan jahiliyyah juga mempunyai beberapa peringkat. Kadang-kadang perkataan fitnah ini juga digunakan bagi kedua-dua makna tersebut sekaligus, sebagaimana kata-kata Musa a.s: إن هي الا فتنتك تضل من تشآء وتهدي من تشآء
Maksudnya: "Itu hanyalah cubaan-Mu, dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki." (Al-A`raf: 155)
Sebagaimana fitnah itu adalah berbentuk individu, iaitu dengan makna mehnah dan bala bencana yang menimpa diri atau hartanya, ia boleh jadi juga menimpa sesuatu jamaah, iaitu menimpa individu-individu yang berada di dalamnya dengan menimpa agama dan aqidah mereka, menjejaskan kadar iltizam mereka dengan jamaah, dan ketundukan serta ketaatan. Inilah pengertian yang diisyaratkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. Di dalam sahih al-Bukhari:
`Umar bin Hafs bin Ghayyath menceritakan kepada kami, ayah aku menceritakan kepadaku, al-A`mash menceritakan kepadaku, Shaqiq menceritakan kepadaku: "Aku mendengar Huzaifah berkata: "Ketika kami duduk di sisi `Umar, beliau berkata: "Siapakah di antara kamu yang masih ingat sabda Rasulullah s.a.w tentang fitnah?" Huzaifah berkata: "Fitnah seseorang lelaki yang menimpa keluarga, harta, anak dan jirannya akan dapat dihapuskan oleh sembahyang, sedekah dan amar makruf nahi mungkar." `Umar berkata: "Aku tidak bertanya tentang hadis ini, tetapi yang aku maksudkan ialah hadis yang berkenaan fitnah yang diibaratkan sebagai ombak yang bergelombang besar." Huzaifah berkata: "Wahai Amirul Mukminin, engkau tidak perlu bimbang tentangnya, kerana terdapat pintu (halangan) yang terkunci di antara engkau dengannya." `Umar bertanya lagi: "Adakah pintu itu hanya boleh dipecahkan atau hanya perlu dibuka sahaja?" Huzaifah menjawab: "Membukanya hanya dengan memecahkannya sahaja." `Umar berkata: "Jadi pintu itu bukan akan terkunci selama-lamanya." Huzaifah berkata: "Ya, benar." Kami bertanya kepada Huzaifah: "Adakah `Umar tahu tentang pintu itu?" Huzaifah berkata: "Ya, sebagaimana dia mengetahui bahawa sebelum menjelangnya esok pasti akan didahului oleh malam. Ini adalah kerana aku pernah menceritakan kepadanya tentang satu hadis yang tidak berkenaan dengan al-aghalit." Kami ingin untuk tahu siapakah pintu itu, lalu kami menyuruh Masruq bertanya bagi pihak kami dengan berkata kepadanya: "Siapakah pintu itu?" Huzaifah berkata: "Umar."
Fitnah dengan makna inilah yang dimaksudkan di dalam tulisan ini.
Oleh kerana kekufuran dan nifaq mempunyai beberapa peringkat, satu peringkat tidak sama dengan peringkat yang lain, maka fitnah -yang merupakan salah satu fenomena atau hasilnya- juga mempunyai beberapa peringkat. Bermula daripada peringkatnya yang paling bawah dengan menyalahi maruah, sehinggalah akhirnya mengenepikan akhlak dan perasaan. Kadang-kadang fitnah ini sampai kepada peringkat maksiat dan penyelewengan, bahkan kadang-kadang bertukar menjadi syirik dan nifaq.
Oleh itu amaran daripada terlibat dengan fitnah dalam peringkatnya yang tinggi dengan sendiri akan membawa kepada menjauhkan diri daripada peringkatnya yang paling bawah. Fitnah dengan segala jenis-jenisnya juga adalah salah satu penyakit yang menimpa hati manusia, sama ada ia berbentuk syubhat atau keraguan yang lahir lantaran kejahilan dan kekurangan ilmu, atau fitnah yang lahir lantaran menurut hawa nafsu yang berdasarkan sangkaan semata-mata.
Oleh kerana itu adalah menjadi kewajipan kita untuk mencari apakah sebab-sebab yang membawa kepada fitnah ketika mengkaji dan mempelajari segala jenis fitnah.
Berdasarkan kepada kaedah keimanan inilah, adalah baik agar pengkajian tentang fitnah dan segala jenisnya yang berlaku di dalam jamaah mukminah, hendaklah dilakukan berdasarkan pengkajian terhadap sejarah Islam, supaya dapat dikenalpasti tentang sebab-sebab, punca-punca, akibat-akibat dan cara-cara penyelesaiannya. Tetapi perlu diingatkan bahawa persamaan atau qiyas yang hendak dilakukan mestilah berbentuk relatif (nisbi), subjektif dan bermetodologi, tanpa dijatuhkan hukuman yang umum terhadap semua yang terlibat dengan fitnah ini dengan kekufuran dan kefasikan, atau dengan meletakkan mereka yang terlibat dengan fitnah ini pada satu peringkat atau dengan satu hukuman sahaja.

Bekas-bekas Hati

Sejak tercipta manusia, Allah menjadikan mereka ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang menyeru ke arah kebaikan dan ada yang menyeru ke arah kejahatan. Setiap orang dipermudahkan untuk melakukan apa yang diciptakan baginya. Manusia jika dihubungkan dengan maksiat adalah berbeza-beza, sebagaimana mereka juga berbeza-beza ketika dihubungkan dengan ketaatan. Begitu juga manusia adalah berbeza-beza peringkatnya dalam hubungan mereka dengan fitnah yang merupakan salah satu maksiat dan salah satu fenomena bid`ah.
Orang yang berjaya ialah orang yang ditaufiqkan oleh Allah untuk menjauhi dan memeranginya, atau paling kurang tidak terlibat dengannya. Orang yang celaka ialah orang yang terlibat dengannya dan orang yang lebih celaka lagi ialah orang yang mendokongnya.
Setiap amal kebaikan mahupun kajahatan ada orang yang mendokongnya dan menjadi pembuka pintunya. Ibnu Majah meriwayatkan satu hadis daripada Anas bin Malik, sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Ada di kalangan manusia yang menjadi pembuka kebaikan dan pengunci kejahatan, dan ada yang (sebaliknya) menjadi pembuka kejahatan dan pengunci kebaikan. Maka berbahagialah mereka yang dijadikan oleh Allah sebagai pembuka kebaikan dan celakalah bagi mereka yang dijadikan oleh Allah sebagai pembuka kejahatan."
Di antara perkara yang boleh difahami daripada hadis ini ialah bahawa kebaikan dan kejahatan tidak berlaku melainkan dengan hasil usaha dan kerja manusia. Usaha dan kerja tersebut diketuai sama ada oleh seorang yang mendapat taufiq dari Allah yang memimpin manusia ke arah pintu-pintu kebaikan dan mengunci pintu-pintu kejahatan. Atau ia diketuai oleh seorang yang celaka yang membuka pintu kejahatan dan mengunci pintu kebaikan. Di antara mereka berdua terdapat ramai lagi manusia yang berada di dalam berbagai-bagai peringkat. Pelopor kebaikan mempunyai satu kumpulan yang belajar dan tunduk kepada kebaikan. Manakala orang ramai hanya menjadi pengikut kepada siapa sahaja yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu adalah perlu agar kita berwaspada dan tidak tertipu dengan hasutan mereka dari satu sudut. Manakala dari satu sudut lagi kita hendaklah sentiasa berusaha agar mereka tidak boleh dipengaruhi oleh para penyeru kejahatan dan fitnah. Berkenaan perkara ini, Ali bin Abi Talib berkata:
"Sesungguhnya hati-hati ini adalah bekas. Bekas yang paling baik ialah bekas yang amat memelihara kebaikan. Manusia tergolong ke dalam tiga golongan; alim yang rabbani, penuntut yang mencari jalan keselamatan dan orang yang tidak berperaturan mengikut setiap kata-kata yang dihamburkan, tidak menimbangnya dengan cahaya ilmu dan berpegang dengan dasar yang kukuh... Amatlah celaka bagi pendukung kebenaran yang tidak mempunyai penglihatan. Dia akan merasa ragu terhadap kebenaran yang dibawanya walaupun disebabkan oleh keraguan yang amat remeh. Dia tidak mengetahui di mana letaknya kebenaran sehingga dia boleh mengatakan -ketika ada orang melakukan kesalahan- bahawa anda telah tersilap, atau ketika dia sendiri melakukan kesilapan, dia tidak menyedarinya. Dia amat mengambil berat dengan sesuatu yang dia tidak fahami hakikatnya. Dia sendiri adalah fitnah bagi sesiapa yang terfitnah dengannya... (Al-I`tisam, karangan al-Shatibiyy: 2/358)
Kata-kata ini bermaksud bahawa sesiapa yang tidak memiliki kefahaman dakwah yang sempurna yang membolehkannya untuk membuka pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan, maka dia adalah salah seorang pengikut yang hanya mengikut setiap kata-kata atau pendapat yang diketengahkan. Dia hanyalah penyeru ke arah fitnah atau kayu api kepada bara fitnah. Bahkan akhirnya dia menjadi mangsa fitnah itu sendiri.


Bersambung : Bisikan... Permulaan Fitnah

Monday, November 2, 2009

Fenomena Fitnah Dalam Harakah Islamiah : Siri I

Siri I : Ciri-ciri Fitnah

Firman Alah swt:
Maksudnya: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji?" (Al-`Ankabut: 2)
Firman Allah di dalam hadis qudsi:
Maksudnya: "Maka denganku aku bersumpah..., bahawa aku akan memberikan kepada mereka fitnah yang menjadikan orang yang baik menjadi bingung."
Sesungguhnya penyakit umat dan nikmat ini ialah kerana kedapatan golongan yang suka mengaib dan mencela. Mereka memperlihatkan kepada kamu apa yang kamu suka, tetapi mereka memendamkan apa yang kamu benci. (Uthman bin Affan)
Sesiapa yang mahu memohon perlindungan, hendaklah dia memohon perlindungan dengan Allah Taala daripada fitnah yang merumitkan. (Abdullah bin Mas`ud)
Fitnah ialah pembakar hati dan pemusnah iman. Dengannya akan ternyata siapa yang benar dan siapa yang dusta. (Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah)
Pengkajian tentang problem-problem dakwah yang merumitkan serta mencari jalan penyelesaiannya semakin perlu dari hari ke hari. Berkemungkinan salah satu daripada problem tersebut ialah permasalahan fitnah di dalam sesebuah jamaah Islam, serta rentetan daripada permasalahan tersebut seperti fitnah yang menyebabkan kelemahan saf dan ketergendalaan amal, di samping tercetusnya klik-klik dan perkumpulan-perkumpulan dalaman yang boleh memudharatkan jamaah. Situasi jamaah yang mendapat sokongan dan dokongan yang semakin meluas juga merupakan salah satu elemen yang menambahkan lagi keperluan untuk berbicara tentang tajuk ini. Fitnah juga merupakan satu harga yang mesti dibayar oleh setiap kebangkitan yang berlaku, sebagaimana ia juga timbul seiring dengan penubuhan beberapa tanzim yang baru bagi jamaah di beberapa buah negara, di samping ia juga ketara berlaku ketika jamaah hampir mencapai kejayaan mendaulatkan Islam. Sebenarnya semata-mata mengadakan pengkajian sahaja tidak memadai bagi menangani permalasahan fitnah, kerana ia memerlukan supaya diadakan beberapa muktamar khusus, dialog-dialog yang terperinci sehingga melahirkan perancangan dan resolusi yang sesuai dengan realiti bagi menangani permasalahan ini dengan penuh kemampuan dan subjektif. Meskipun demikian, ini tidaklah menghalang inisiatif peribadi yang diambil yang berkemungkinan boleh mempersembahkan cadangan-cadangan penyelesaian, di samping menjadi jalan pintas dan sebagai penyedia kepada resolusi-resolusi dan perancangan-perancangan yang bakal diambil.
Tulisan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada tulisan-tulisan berkenaan permasalahan dakwah secara menyeluruh yang ditulis oleh beberapa orang individu dari Ikhwan yang menggunakan metodologi penulisan yang sama, dan tajuk-tajuk yang diperbincangkan saling mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Oleh kerana penantian sehingga keseluruhan tajuk-tajuk mengenainya selesai supaya dapat diterbitkan serentak memerlukan waktu yang panjang, sedangkan apa yang sudah siap ditulis tidak wajar untuk tidak dimanfaatkan segera, maka ia perlu diterbitkan untuk diambil faedah. Di antara tajuk yang sudah diterbitkan ialah: al-Mu`llaqah al-hadiyat al-`ashrah (Mu`allaqah yang kesebelas), Fitnah di dalam kehidupan da`i (kedua-duanya disiarkan di dalam majallah al-`Ain), Golongan yang gugur di jalan dakwah yang ditulis oleh al-Ustaz Fathi Yakan, dan beberapa himpunan makalah yang mempunyai pendekatan, uslub dan metod yang berbeza. Sekalipun penghasilan tulisan-tulisan ini adalah bersifat individu, tetapi dialog-dialog yang sentiasa diadakan dan pemerhatian yang mendalam terhadap kitab-kitab turath (lama), juga terhadap pengalaman-pengalaman tamadun manusia, menjadikan usaha-usaha ini lebih hampir kepada pandangan kolektif (jama`i) yang lebih releven dengan realiti daripada sifat keindividuannya.
Tulisan ini -bersama dua lagi tulisan penulis yang lain- mempunyai uslub yang sama. Dua lagi tulisan itu bertajuk "al-Futur dalam jamaah Islam" dan "Dhaif dan orang-orang yang dhaif". Adalah diharapkan agar himpunan tulisan-tulisan ini akan membentuk satu teori pandangan dakwah yang boleh merawat dan menangani permasalahan yang membantutkan perjalanan harakah Islamiah masakini.
Perbicaraan tentang fitnah bukanlah suatu perbincangan yang menggembirakan, bahkan menjadi salah satu tunjang tarbiah dan kehendak sifat adil adalah tidak memperbanyakkan perbincangan tentangnya. Tetapi perbincangan tentangnya yang dilakukan oleh tulisan ini adalah diperlukan bagi maslahah yang lebih penting. Maka ia hanya dilakukan kerana keperluan kepadanya.
Pemikiran tentang fitnah ini seringkali mengganggu fikiran para da`i dan qiadah, sehingga kesakitan-kesakitan yang dialami pada siang hari bertukar menjadi hembusan-hembusan dukacita di malam hari. Begitu juga mimpi-mimpi pada malam hari bertukar menjadi faktor penyumbang kepada kebimbangan. Perkara ini mendorong saya untuk segera menyiarkan tulisan ini. Perlu diingatkan, bahawa penulis merasa amat sukar untuk membincangkan tentang perkara ini, kerana bimbang ia adalah natijah daripada perasaan hawa nafsu dalaman yang terpendam yang tidak dirasai sejak sekian lama, kemudian diluahkan dalam bentuk pandangan terhadap permasalahan dakwah. Atau natijah daripada perselisihan peribadi, kemudian ia bertukar menjadi hasutan syaitan supaya mengeluarkan kritikan tajam atau sindiran yang melukakan hati. Penulis juga merasa bimbang, jika ketika tulisan ini cuba membangkitkan fenomena beberapa individu, tetapi dengan kepintaran penulisan, akan menyebabkan ia kelihatan sebagai fenomena yang menyeluruh lalu melukakan hati sesetengah golongan dan mengeruhkan kejernihan jiwa. Atau tulisan ini menjadi pelarian daripada sensitiviti keterlaluan yang diakibatkan oleh kecintaan kepada diri serta perasaan takabbur, lalu diterjemahkan kepada beberapa teori yang boleh mengeruhkan kesucian orang-orang yang tidak bersalah. Atau ia menjadi cara untuk mencari-cari kesilapan orang lain, di samping kemungkinan ianya bercampur dengan keinginan mendapat nama, atau mengelak daripada celaan. Kesemua ini mungkin menjadi tempat persembunyian bagi hati-hati yang letih, atau fikiran yang tenat. Oleh kerana itu, amat perlu agar perbincangan ini dilakukan dengan penuh hati-hati dan dengan pemikiran yang mendalam, di samping bersandarkan kepada beberapa petunjuk sejarah dakwah dan beberapa pandangan hasil dialog yang diadakan dengan qiadah. Ia juga bersandarkan percubaan untuk menggali simpanan khazanah silam dan diselaraskan dengan realiti kehidupan seharian. Tidak kurang pentingnya juga ialah beberapa nas syariat dan kaedah fikah, serta disempurnakan lagi bahkan dimulakan dengan harapan kepada Allah agar memberikan taufiq dan kebenaran kepada hikmat. Saya juga berdoa agar Allah menganugerahkan kesatuan saf dan niat yang benar dengan kurniaan dan kemuliaan-Nya. Sesungguhnya Allah amat hampir lagi mengabulkan permintaan.

Bersambung ... Siri II : Pengertian Fitnah

Adab Mengkritik Dalam Harakah Islamiah

د/ أَنْوَر حَامِد DR. Anwar Hamid

Kritik, dalam keadaan apa pun, berguna, termasuk kalaupun tendensius. Ia menjadi pertanda sehat, termasuk kalaupun tidak obyektif. Pernyataan ini bukan ajakan untuk tidak obyektif dalam mengkritik, atau untuk memberikan justifikasi kepada orang-orang yang mempunyai tendensi, namun, pernyataan ini adalah seruan untuk menerima kritik sebagai prinsip dan tidak memerangi serta menyerangnya saat terjadi cacat dalam cara mengkritik atau aib dalam pelaksanaanya atau karena disalah gunakan oleh orang yang tendensius

Kemestian Kritik
Seorang muslim hendaklah awas terhadap zaman dan tempatnya berada, memahami dengan baik apa yang terjadi di sekelilingnya, supaya kalimat-kalimatnya tidak disalahgunakan, sebagaimana ucapan sayyidina 'Ali bin Abi Thalib kepada kaum Khawarij: "Kalimat kebenaran tetapi yang dimaksud darinya adalah kebatilan".
Rasulullah saw. pernah diserang harga diri dan kehormatannya, dan Allah swt. membongkar hakekat dari serangan itu, membuka kartu sang pembuat isu dan sang pemilik tendensi, namun pembukaan hakekat itu terjadi setelah berlalu masa 19 atau 20 tahun. Artinya setelah hukum dan syari'at sempurna. Hanya saja, iklim atau suasana umum yang penuh dengan orang-orang munafik, para pemilik tendensi khusus, penurut hawa nafsu dan mereka-mereka yang berjiwa lemah dari kalangan kaum muslimin belum tepat. dan diantara kamu ada telinga-telinga bagi mereka (Q.S. At-Taubah: 47). Maka beliau saw. bersabda dengan sabda yang sangat populer: "Adakah kamu menginginkan agar sesama orang Arab saling berkata: 'Muhammad membunuh sahabatnya'"!
Hal ini terjadi saat beliau diminta untuk menegakkan hukuman atas pembuat dan pengobral isu.

Pelajaran yang dapat diambil dari sini adalah menjadi kewajiban bagi semua orang yang memiliki kemampuan menulis dan menyampaikan pendapat untuk memahami bahwa:
1. Hendaklah ia tidak berhenti dari mengkritik, sebab kritik itu kehidupan bagi fikrah (gagasan), ke-istiqamahan manhaj, dengannya yang buruk menjadi jelas di antara yang baik, berbagai keutamaan menjadi tersebar, dan berbagai keburukan dapat dikenali
2. Namun, jangan menyerang pribadi atau lembaga, juga jangan membuka hal-hal privacy terlebih lagi melanggarnya
3. Hendaklah berupaya semaksimal mungkin untuk komitmen dengan batasan, adab dan hal-hal yang diperbolehkan dalam mengkritik. Juga hendaklah memperhatikan iklim atau suasana umum yang ada di sekelilingnya, agar pendapatnya tidak disalahgunakan, apatah lagi dimaknai dengan selain dari yang dimaksud oleh sang pemilik pendapat, dan agar kritikannya tidak dimanfaatkan oleh pemilik tendensi tertentu atau oleh penurut hawa nafsu

Komentar Ar-Ridhab atas Makalah
Saya berpendapat: hendaklah seorang pengkritik selalu menempatkan ucapan Ibnu Taimiyyah ini selalu ada di hadapan kedua matanya
Agar ia menyuguhkan kritikan demi memperbaiki, dan agar dapat menghindari aib dan sisi-sisi negatif … jadi bukan mengkritik dengan tujuan mengkritik
Ibnu Taimiyyah berkata: "Sebagian orang, selalu terlihat olehmu sebagai pengkritik, ia melupakan berbagai kebajikan berbagai kelompok dan berbagai jenis, ia hanya mengingat sisi-sisi keburukannya saja. Orang seperti ini seperti lalat, ia tinggalkan tempat yang sehat dan tidak sakit, dan menclok pada luka dan tempat yang sakit. Hal ini pertanda jiwa yang buruk dan pribadi yang rusak
Kemudian, ketahuilah wahai saudaraku bahwa kata kritik mempunyai dua kemungkinan makna, yaitu:
a. Menampakkan berbagai sisi positif untuk kita kembangkan, dan
b. Menampakkan berbagai sisi negatif untuk kita hindari dan kita minimalisir …
Dan inilah yang disebut dengan istilah kritik membangun (konstruktif)
Kemudian … sungguh mengherankan seorang muslim yang sebelum mempelajari satu masalah agama sudah mempelajari bagaimana mencaci saudaranya sesama muslim!
Kemudian ia menginginkan keselamatan dan keberuntungan … kapan dia akan beruntung?
Kapan beruntung jika seseorang "melukai" suatu kaum, padahal bisa jadi mereka yang "dilukai" itu telah menempati tempatnya di surga semenjak beberapa tahun yang lalu?
Kapan beruntung seseorang yang memuaskan dada orang-orang kafir melalui cercaan yang ia tujukan kepada saudaranya sesama kaum muslimin?
Hanya saja, pada asalnya, kritik itu hendaklah membangun dan ikhlas semata karena Allah … supaya sebuah fikrah (gagasan) atau proyek yang menjadi sasaran kritik itu menjadi sempurna, dan dapat disuguhkan kepada publik dalam bentuknya yang paling sempurna
Komentar Raji al-Jannah Terhadap Makalah
Kritik membangun adalah hak asasi setiap aktifis pergerakan, tidak boleh ditinggalkan atau dibuat sembrono, sebagaimana kita juga berkewajiban untuk melatih diri kita terhadap kritikan itu … sehingga kita bisa menjadi sandaran bagi qiyadah kita dan penolong baginya. Sementara itu mata kita yang lain kita pergunakan untuk melihat keputusan qiyadah yang telah dibuat dan untuk menimbang berbagai urusan … kita berkewajiban untuk mendorong sang pengkritik yang bertujuan meluruskan, dan bukan yang bertujuan tasykik (menanamkan keraguan), kita dukung kritik yang bermaksud membetulkan, dan bukan yang bertujuan "melukai", termasuk walaupun kita berbeda pendapat dalam masalah cara menyampaikannya, dan tampak jelas salahnya. Hanya saja, kita wajib mensyukuri, serta meminta kepadanya agar berkali-kali membolak-balik berbagai urusan supaya sampai kepada titik terdekat dari kebenaran …
Kritik bukanlah sebuah tujuan, dan tidak harus menjadi tujuan. Agar kritik bersifat membangun, terlebih dahulu harus ada satu langkah penting, yaitu: tabayyun (mencari titik terang), istidhah ar-ru'yah (meminta penjelasan tentang sebuah cara pandang), at-ta'arruf 'ala mulabasat ittikhadz al-qarar mahall an-naqdi wa bawa'itsihi wa asbabihi (berupaya untuk mengetahui berbagai situasi dan kondisi keluarnya sebuah keputusan yang menjadi sasaran kritik, motivasi dan sebab-sebabnya).
Saat memenuhi prasyarat inilah kritik itu dapat diterima yang mampu menentukan posisi penyakit dengan tepat, dan memberikan deskripsi terapi secara professional … dan kita berkewajiban untuk segara membetulkan jalur yang kita tempuh serta meluruskan tujuan yang hendak kita tuju
Sebagian saudara kita yang mulia, saking cinta dan kasmaran-nya kepada dakwah dan pergerakan, dan karena saking banyaknya berhadapan dengan berbagai serangan kritik yang desktruktif, at-tasykik al-mutawashil (upaya penciptaan keraguan yang berkesinambungan), serta at-tajrih al-ladzi la yatawaqqaf (upaya "melukai" yang tiada henti), mereka terkena satu penyakit yang disebut hassasiyyah an-naqd (sensitifitas kritik), yaitu kepekaan yang menempatkan para pemberi nasihat bersama dengan orang-orang yang benci, menempatkan para kritikus yang membangun sejajar dengan para pengobral syubhat dan orang-orang yang gemar memperburuk citra, mereka itu menempatkan semuanya dalam satu keranjang, padahal seharusnya harus dipilah dan dibedakan. Dan pada firman Allah swt yang artinya: tidaklah mereka [ahli kitab] itu sama (Q.S. Ali Imran: 113) terdapat keteladanan dan contoh ideal …
Kita berkewajiban untuk melepaskan diri dari penyakit ini, dan menerima kritik – selama bersifat konstruktif- dengan dada lapang, serta mencari hikmah di mana pun berada, sebab ia adalah barang yang hilang dari kita, dan dia itu adalah sesuatu yang kita kehendaki
Termasuk perkara penting dan mesti bagi mereka yang telah rela untuk ber-'amal jama'i adalah tidak ada lagi pendapat perseorangan setelah adanya qarar qiyadah … dalam arti, siapa saja yang ber-intima' (bergabung) kepada sebuah jama'ah hendaklah komitmen dengan berbagai qarar politik (policy) serta arah kebijakan yang dibuat oleh qiyadah … dan bukan hanya komitmen dengan qarar saja, namun, ia jadikan qarar itu sebagai milik dirinya dan ia membelanya … sebab, syura itu bersifat mengikat, dan ragam pendapat, setelah syura menjadi satu pendapat saja … jika seseorang melihat adanya kekurangan atau kesalahan dalam qarar yang dibuat, pertama: hendaklah ia mencari titik kejelasan dan melakukan pengecekan atasnya, sehingga hal-hal yang belum jelas dan masih samar bisa dihilangkan … dan jika berketerusan dalam melihat ketidak benaran qarar, maka ia berkewajiban untuk komitmen dengan ushul tanzhimiyyah (pokok-pokok organisasi) dan dhawabith harakiyah (patokan-patokan pergerakan), serta menempuh kanal-kanal syar'i (legal) untuk memperjelas pendapat dan pandangannya … dan tidak ada sesuatu selain kanal-kanal syar'i (legal)
DR. Munir Al-Ghadhban mempunyai pernyataan yang sangat berharga dalam kitabnya yang berbobot: al-Manhaj al-Haraki fi as-Sirah al-Nabawiyyah, beliau berkata: "Sering sekali para pemuda suatu jamaah yang bersemangat terdorong untuk melakukan kritik pedas dan tajam kepada qiyadah, di mana qiyadah mempergunakan hikmah dan tuadah (penuh perhitungan) dan menyelesaikan orang-orang yang menyimpang dari barisan dakwah dan orang-orang yang memberontak terhadapnya … akibat kritik pedas dan tajam ini, qiyadah berada dalam posisi di antara dua api; api mereka-mereka yang terlalu bersemangat yang menilai para qiyadah lamban dan meremehkan urusan, dan api para musuh yang selalu menunggu-nunggu kesempatan untuk menjatuhkan tipu dayanya kepada jamaah. Jadi, para pemuda yang berada dalam barisan jamaah tidak memberikan udzur (alasan) kepada qiyadah dan musuh yang ada di luar pun tidak memberi belas kasihan kepadanya …
Betapa perlunya kita untuk membiarkan adanya kebebasan bagi qiyadah dalam berinteraksi dengan para pemudanya dan bersama para musuhnya, sebab, dia (qiyadah) itu lebih tahu tentang berbagai situasi yang dihadapi olehnya daripada kita, dan di antara hak kita adalah memperjelas pendapat kita, akan tetapi bukan termasuk hak kita untuk memaksakan pendapat yang kita miliki, dan bukan hak kita pula untuk menuduh qiyadah dalam suatu sikap yang diambilnya, sebab itu adalah haknya, dan bagus juga untuk kita ingat dan jangan sampai terlupakan dari pikiran kita bahwa di dalam qiyadah harakah terdapat ilmu dan ulama' yang menjadikannya memiliki bashirah dalam tindak tanduknya …
اَلْمَصْدَرُ Sumber:
http://www.ikhwan.net/vb/showthread.php?t=70834

JenazahMu Selamat Disemadikan


Jumaat 23 Okt. 2009

Pada hari Jumaat 23 Okt. 09 tepat jam 11.40am (waktu Sudan) kapal terbang mendarat, hatiku bertambah gementar, tak sanggup rasanya berjumpa dengan keluarga al-marhum, sebaik sahaja masuk ke terminal, kelihatan 2 org berjalan masuk bersama pegawai airport, bapa saudara dan sepupunya, masuk terus bertanya kepada isteri al-marhum apa yang berlaku, suasana pilu dan aku tidak dapat menahan perasaan..
Kami seterusnya dibawa ke rumah al-marhum, menunggu ketibaan jenazah yang diuruskan oleh ikhwah dan keluarganya.. setiba di persekitaran rumah ratusan manusia menunggu, dua khemah putih siap dipasang… semasa sampai aku dikerumuni keluarga dan ikhwah… Alhamdulillah tiada soalan diajukan, sememangnya aku tidak mampu menjawab…setiap orang yang datang mengangkat tangan berdoa dan membaca fatihah , sudah menjadi kebiasaan mereka…
Seberapa ketika jenazah tiba, disambut dengan penuh sayu dan teriakan, kebanyakan menyebut لا اله الا الله … ratusan manusia menyebut dengan nada yang sama… jenazah dibawa masuk ke dalam rumah ayah al marhum… seketika kemudian di bawa ke Masjid untuk solat jumaat, dan solat jenazah di masjid Rahmah tidak jauh dari rumah beliau dan berdekatan dengan tanah perkuburan Farouk..
Ramai yang menghadiri solat jumaat, dan semasa Solat jumaat semasa khutbah kedua Imam menyebut-nyebut perihal almarhum, memuji kebaikannya, seorang duat yang disegani, peranannya diluar negara serta sumbangan beliau dalam harakah islamiah di Sudan… barulah aku ketahui beliau sangat dihormati dan dikenali di sana… Seterusnya solat jenazah diimamkan oleh MA Syeikh Al Hibri…
Jenazah beliau disemadikan di Perkuburan Farouk bersebelahan Masjid Al-Rahmah, ratusan yang mengiringi jenazah menjangkau ribuan… sekumpulan pelajar dari Universiti Afrikia Sudan mengiringi jenazah dengan sepanduk…

Abu Usaid

Kali Ini Aku Ke Khourtum Sudan




Ku tulis kenyataan ini pada jam 2.30pm waktu msia 23 okt 2009 di atas kapal QR 2520 menuju Khourtum, Terasa berat rasanya jari ini memetik papan keyboard, tapi aku terus sedaya ku memaksa jari jemari ku, Ku gagahi demi kerana seorang sahabat bahkan seorang syeikh yg yang ku kenali sebelum ini, yang ku sayangi kerana Allah, yang aku kenali hampir sepuluh bersama ku dalam urusan dakwah, tanpa ku sedari air mata ku mengalir, entah aku tidak pasti ini kali yang ke berapa… semenjak saat-saat ku dihubungi En F menyatakan usaha Doktor di Hospital pakar Damansara menemui kegagalan, ku minta teruskan usaha, selepas hampir sejam akhirnya beliau berkata “Ustaz mengikut definisi Doktor beliau sudah meninggal, aku kaku seketika masih tidak boleh ku percaya… aku yg pertama mendapat berita ini, pada masa yang sama Dr H masih lagi menghantar sms menyatakan syeikh hasan sedang tenat… aku tahu syeikh sudah pergi buat selamanya, namun aku masih menaruh harapan, manalah tahu Allah berkuasa atas segalanya, beberapa minit kemudian secara kebetulan Akhi A dari SriL menghubungi dan bertanya khabar syeikh Hasan, aku tidak sanggup menyatakan pada beliau, apatah lagi mahu melafazkannya, lalu ku beritahu akan hubungi sekejap lagi, lalu ku hubungi Dr T meminta beliau pastikan dengan dengan Dr. H, bagi ku biarlah org lain yang mengesahkan kematiannya … bukan aku… akhir aku terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi selepas Dr. T menyatakan syeikh disahkan meninggal melalui pengesahan Dr H. Aku kemudian menghubungi Akh A SriL tapi lidahku kelu… akhir aku mampu sebut ya akhi “ Inna lillah wa inna ilahi rajiuun” … beliau terus menangis teresak2… Ya Allah… aku hanya mampu mendengar tangisan beliau…
Semasa di Hospital aku gagahi menghubungi Filipina, Abu Tsabit menangis tersesak2 di talipun, aku juga tidak dapat menahan perasaan, sebak dan ku terpaksa putuskan percakapan…
bermula di saat itu terlalu kerap air mata ku mengalir, ia tidak pernah berlaku kepada ku sebelum ini, dalam sejarah hidup , aku pernah kehilangan ibu ku tersayang semasa aku berumur 9 tahun, kematian bapaku lima tahun yang lalu, sememangnya aku menangis tapi tidak sekerap ini, …bermula dari berita kematian 22hb. jam 8.30 pagi hingga saat ini, entah kenapa airmataku terlalu kerap keluar tanpa sedari, aku cuba mengelak tapi tidak berdaya…. Ya Allah berilah kekuatan kepada hamba mu ini,
Ikhwah sekalian…. sekarang aku dalam perjalanan ke Khourtum. semasa Ikhwah mula meninggalkan kami di lapangan terbang KLIA selepas bersalaman dan wida’ dengan ku, yang paling akhir Dr L dan keluarganya diikuti Ustaz H dan Akhi Has aku mula melangkah masuk ke dalam Terminal, terasa sungguh berat kaki ini untuk melangkah, sesekali aku tertanya sendirian apa yang aku buat ni ?? kemana aku mahu pergi sekarang ? Aku hampir tak percaya… Aku sedang menghantar mayat Syeikh Hasan. ya Allah kenapa ini yang berlaku…. aku menghantar jenazah Syeikh Hasan yang kerap bersama ku sebelum ini… selalu bercakap mengenai dakwah, perkembangan ikhwah, perancangan maktab dan banyak lagi… Aku sepatutnya memastikan kesihatan beliau di Hospital… tetapi sekarang aku menghantar jenazah beliau… air mataku terus semakin kuat mengalir.
Semasa aku menulis ini Amal zaujah Syeikh Hasan mencelah , katanya ustaz sebelum ini Ust Hasan bersama kita duduk atas kerusi dalam flight, tapi sekarang kita berada di sini, beliau berada di bawah ustaz….dalam Kargo….katanya … sungguh pilu aku mendengarnya… aku hanya mampu mendengar… hidangan dalam penerbangan langsung tidak selera untuk aku sentuh.
Kalau sebelum ini aku menaiki kapal bermusafir ke luar negara, urusan mutabaah dan penerangan, biasanya atas arahan beliau, tapi kali ini aku ke luar bukan atas arahan beliau apa lagi permintaannya , aku ke luar kali ini kerana menemani jenazah beliau yang kaku, Kali Ini Aku Ke Khourtum Sudan sesekali teras aku tidak sanggup menghantar kepada keluarga beliau sebujur badan yang kaku… dalam bekas yang di sudahkan di sealkan…

Akhuukum
Abu Usaid