Monday, November 2, 2009

JenazahMu Selamat Disemadikan


Jumaat 23 Okt. 2009

Pada hari Jumaat 23 Okt. 09 tepat jam 11.40am (waktu Sudan) kapal terbang mendarat, hatiku bertambah gementar, tak sanggup rasanya berjumpa dengan keluarga al-marhum, sebaik sahaja masuk ke terminal, kelihatan 2 org berjalan masuk bersama pegawai airport, bapa saudara dan sepupunya, masuk terus bertanya kepada isteri al-marhum apa yang berlaku, suasana pilu dan aku tidak dapat menahan perasaan..
Kami seterusnya dibawa ke rumah al-marhum, menunggu ketibaan jenazah yang diuruskan oleh ikhwah dan keluarganya.. setiba di persekitaran rumah ratusan manusia menunggu, dua khemah putih siap dipasang… semasa sampai aku dikerumuni keluarga dan ikhwah… Alhamdulillah tiada soalan diajukan, sememangnya aku tidak mampu menjawab…setiap orang yang datang mengangkat tangan berdoa dan membaca fatihah , sudah menjadi kebiasaan mereka…
Seberapa ketika jenazah tiba, disambut dengan penuh sayu dan teriakan, kebanyakan menyebut لا اله الا الله … ratusan manusia menyebut dengan nada yang sama… jenazah dibawa masuk ke dalam rumah ayah al marhum… seketika kemudian di bawa ke Masjid untuk solat jumaat, dan solat jenazah di masjid Rahmah tidak jauh dari rumah beliau dan berdekatan dengan tanah perkuburan Farouk..
Ramai yang menghadiri solat jumaat, dan semasa Solat jumaat semasa khutbah kedua Imam menyebut-nyebut perihal almarhum, memuji kebaikannya, seorang duat yang disegani, peranannya diluar negara serta sumbangan beliau dalam harakah islamiah di Sudan… barulah aku ketahui beliau sangat dihormati dan dikenali di sana… Seterusnya solat jenazah diimamkan oleh MA Syeikh Al Hibri…
Jenazah beliau disemadikan di Perkuburan Farouk bersebelahan Masjid Al-Rahmah, ratusan yang mengiringi jenazah menjangkau ribuan… sekumpulan pelajar dari Universiti Afrikia Sudan mengiringi jenazah dengan sepanduk…

Abu Usaid

No comments:

Post a Comment